Saturday, April 16, 2011

Gulp!!!

Horchata-Mexico

Made of ground rice and sweetened with cinnamon, sugar and vanilla and the texture is more watery than milky, and the light, refreshing flavor is the perfect way to combat the tongue-blistering heat of Mexican hot sauce.

They (Mexican) don't eat rice then transferred it in the form of solution (milky).. erkkk I dont even think I'm able to drink it!!

Frog Juice-Peru

O0Ongggggg kedek kedek... 0oOoOoOOnnggggg kedek kedek!
before they blend this little tiny cutie frog, once they peel off the skin outside, we know that the skin is poisonous so that they remove and clean it. (are you really dare to drink it?? hahahhahaaa) I bet you won't!!!

however, according to the web, this juice is good for health.. cause it has the power to cure asthma, bronchitis, sluggishness and a low sex drive. I dont know how true the fact about this research... hahahaaaha... totally I won't try it though you give me 500 bugs! never okey!


Deer Penis Wine-Asia

errrkkkk!! this is known as White Wine Gigantic Deer Penis... I dont have any idea to write bout this.. hahaha.. the way to drink it is by immersed the penis and water in a big glass or beaker! imagined that the penis is a fruit like orange, rambutan, laici and what so ever laa that you can chew! but will you drink it??

Placenta Jelly Drink-Japan

placenta from a pig! ouh man before this I only know that some cosmetics and facial cleanser use this pig placenta as one of the main ingredient! but somehow, it can be drink?? can someone give me a good reason why why and why????? huhuhu

Wednesday, April 13, 2011

SENYUM

Senyum senyum senyum
Senyum senyum


Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

tak kira la sedalam mana pon kau bencikan seseorang.. tak rugi kalau hadiahkan senyuman konon paling menawan.. perlu ke aku laburkan ratusan ringgit tuk melihat sekuntum senyumanmu??? (sekuntum ke?? hehehe.. )

tak kesah la mungkin aku nih jenis 'lantak kau la labu..' nak benci sangat kan.. benci la aku sepuas hatimu.. aku tak rasa ape2 cuma kalau terlebih fikir memang sedey la kan nape aku dilayan camtuh.. tapi takpe la.. memang susah nak puaskan hati semua orang..

yang menjadi tanda tanya.. kalau orang da senyum.. perlukah balas dengan riak muka blur?? muka cam takde perasaan.. tak salah kot kalau balas balik senyuman tu walaupon terpasa.. apa yang pernah aku baca, 'Allah mengingatkan umatnya supaya tidak berpaling muka di bumi kerana semua orang punya hak yang sama disisi-Nya'.. jadi aku fikir, aku nih sampah masyarakat ker?? aku nih makhluk tuhan paling hodoh ke?? sampai susah sangat nak senyum ape tah lagi betegur sapa..

manusia tak pernah lari dari wat silap.. aku tau aku ada buat silap kat mereka.. tapi kalau berdiam diri,, dengan membuat andaian sendiri.. pastu menjaja nama kita kat orang lain.. rasanya sampai bila2 pon tetap ada barrier, sempadan antara kta...

kadang aku da letakkan ego di tapak kakiku.. ttunduk mengaku kesilapan aku dl.. tp manusia berubah.. beri aku masa, ruang, peluang betulakn yang mana tak bak.. bukan memulaukan.. aku tak kesah pon kalau kamu2 bukan kawan baikku.. tp aku sayang usia pesahabatan la kononnya kan.. lantak laa.. aku memanggg da malas nak layan...

bagi aku.. kalau nak jadi seorang cikgu.. hati kene kuat.. tak kira la masalah ape yg datang, hadapinya dgn hati yg tegar.. bukan menyembunyikan diri dgn tiada jalan penyelesaian.. bukan asyik menyentapkan diri tp cuba melawan sekiranya kita benar.. tak salah kot nak tunjuk bagus.. sbb tu salah satu cara memotivasikan diri... siapa lagi yg boleh memajukan diri kalau bukan diri sendiri.. (cam pelik je ayat) kalau asyik nak orang lain berubah,tapi diri sendiri masih kat tahap mentaliti yang sama... baik tak payah... memanggg harus gunakan cermin untuk melihat sapekah diri awak tu sebenarnya... OK???



Tuesday, April 12, 2011

Ignorance

''Sometimes we have to live in ignorance''

memang susah nak puaskan hati semua orang.. kita hanya mampu merancang tapi yang terjadi mungkin lari dari apa kita sangkakan.. kadang2 bila terlalu baik, kebaikan disalahertikan... tak nampak langsung keburukan.. bila tersalah langkah, keeburukan sekecil zarah dijaja berkampung2...

memang muka ni rasa tebal berlapis cam kuih lapis sebab malu nak berdepan dengan semua orang.. yela, nama dah buruk.. semua yang kenal kita da ada persepsi yang kita nih tak baik.. yang tinggal cuma kawan2 rapat yang betul kenal kita luar dalam...

dan makhluk tuhan nih telah memberikan kata2 semangat.. seorang mungkin tak suka kita, tapi mungkin beratus orang kat luar sana suka kita bila kenal sape kita.. tiada manusia yang sempurna.. kadang2 perlu hidup dengan mengendahan apa saje orang kata..tak perlu hiraukan sangat tentagn orang lain..(yang mencanag nama kita la kan)

betul gak apa beliau katakan, lebih bagus dan baik menjadi diri sendiri dari mengikut telunjuk orang lain..(ikut yg baik memangg perlu la kan... jangan ikut perangai yg buruk..) percaya pada diri sendiri, kawan mungkin akan datang dan meninggalkan kita keseorangan.. tapi keluarga,mak , ayah, adik sedara mara mungkin tak akan meninggalkan kita di waktu susah dan senang...

bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.. susah nak membina sesuatu ikatan tapi senang nak menceraikannya bila tersalah faham dalam komunikasi, belainan pendapat, latar belakang dgn lain2 laa...

dan kadang2 memangg perlu untuk kita hidup dalam sendirian.. mencari khilaf dan membaiki apa yang harus diperbaiki.. =)

Random










Monday, April 11, 2011

Sweet Like Candy


Dont play2 with me haa.. I have thousand of teeth.. you??? grrrrrr!!!!

Mother: Daughter, stand straight! we gonna sing our National song dear..
Daughter: But mom, I dont memorize the lyric... Miming also can huh???

Child: Mom don't ever leave me alone ya..
Mom: When you're getting older, you are the one who will leave me behind..
Child: Don't say something stupid.. I love you mom and I will always be there with you...

Ratatouille.. Remy yelling 'Time is running out!!'

Kungfu Panda... Hiyaaaarrkkkkk!!!!

Stay away from me haaa.... before I slap you..

Sleepy... huaaarrrggghhhhhh.....

Incredible.... kau ada????

I wonder how.. I wonder why...

Weirdo.. One in a million....

Tuesday, March 15, 2011

Feedback

rasa lama sangat dah tak menulis.. idea datang banyak tapi sebab masalah menulis bukan kat lappy sendiri.. jadi kurang semangat skit.. hari ni cuma nak menulis tentang feedback atau respon yg saya dapat daripada kelas tempoh hari..

minggu lepas 3 kumpulan membentangkan approaches (pendekatan pengjaran) yang sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran mengikut kesesuaian topik dan masa.

kumpulan 1: tingkatan satu (Introduction to Science)

Lecture Method

kumpulan ni menggunakan lecture method (kuliah) untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. mereka telah menerangkan cara untuk mengambil dan membuat ukuran dengan menggunakan unit S.I. cuma dalam presentation kumpulan ni, mereka tidak menekankan pendekatan chalk-talk kerana jika kaedah kuliah digunakan dalam kelas, selalunya guru akan menulis di atas whiteboard, tranparensi, atau kertas semasa mengajar.

selain itu, lecturer kelas kami juga memberitahu, kaedah kuliah ni juga boleh menggunakan simulasi semasa mengajar sebagai contoh, bagaimana pelajar mengambil suhu sesuatu jasad dengan unit serta simbol yg betul, jadi guru boleh menggunakan termometer sebagai bahan ransangan supaya pelajar sendiri dapat melihat objek tersebut dan mengambil ukuran sebenar.

kumpulan ni telah memberi sehelai kertas yg mengadungi pembahagian unit ukuran dan pelajar harus mengisi tempat kosong dgn betul. jika ada pelajar yg tidak memberi tumpuan maka guru tersebut seharusnya menegur murid supaya tidak membuat bising dan pergi ke meja pelajar itu untuk melihat sama ada telah menyiapkan tugasan yg diberikan atau belum. hukuman boleh dikenakan pada pelajar yg tidak mendengar arahan seperti berdiri di atas kerusi atau lain2 yg tidak melampaui batas.

kumpulan 2: tingkatan dua (Maintenance and Continuity of life)

Discussion (Jigsaw)

kumpulan kedua menggunakan kaedah perbincangan di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran. murid dibahagikan secara random kepada beberapa kumpulan ataupun diknali sebagai ''jigsaw'' bermaksud pada awalnya murid akan duduk di sebelah kawan semeja dan akan dipisahkan mngikut kiraan nombor.. contoh, guru ingin membahagikan murid kepada 4 kumpulan maka kiraan yg terbentuk ialah antara 1-4. dan murid akan duduk dalam kumpulan berdasarkan nombor yg mereka dapat.

4 kumpulan murid yg terbentuk diarahkan untuk berbincang sesama rakan lain tentang sub-topik yg diberikan guru. guru memberikan beberapa keping nota yg berlainan penerangan kepada setiap seorang pelajar dan setiap mereka perlu membaca dan memahami kandungan nota tersebut sebelum berbincang sesama mereka. dan akhir sekali, kumpulan tersebut kembali ke kedudukan asal dan berbincang sesama mereka.

kaedah ini berkesan untuk topik yg panjang seperti kumpulan ni bentangkan iaitu mengenai vitamin A,D,E,K,B,C.. ini dapat menjimatkan masa guru mengajar serta melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas.




kumpulan 3: tingkatan tiga (Reproduction)

Role Play

kumpulan ni mengarahkan beberapa orang pelajar untuk berlakon dan membawa watak tertentu. subjek yg dipilih ialah reproduction, penghasilan zygote memalui pencatuman sperma dan ovum. beberapa pelajar lelaki membawa watak sperma dan seorang pelajar perempuan membawa watak ovum dan dikelilingi beberapa pelajar lain sebagai pelindung untuk mengelakkan sperma bercantum dgn ovum.

memandangkan sesetengah guru tidak mahu mengajar topik yg berkaitan dgn seks kerana merasakan murid tidak matang dan terlalu terbuka, kaedah ni sesuai digunakan dalam kelas. guru perlu memberi arahan yg betul ntuk memberikan kefahaman kepada pelajar dan pelajar tersebut boleh membina pengetahuan mereka sendiri berdasarkan pengalaman darpadan lakonan serta penerangan dari guru.

masa yang diperuntukkan adalah singkat jika arahan telah disediakan oleh guru itu sendiri tp mungkin mengambil masa sedikit jika guru menyuruh pelajar tersebut memilih tajuk yg diminati, membahagikan watak kepada rakan lain untuk dipersembahkan di dalam kelas.




p/s: ada lagi nak tulis tp nanti saya sambung ye.. =)




Monday, March 7, 2011

Science and Art





I love art but me myself do not inherit the genetic of art from my mother.. honestly, art just soo beautiful scene, phenomenon that some people don't really understand the definition of art.. the feeling is really cool, warm, soo many secret behind those crowded color.. what kind of expression should be exposed??? hahahahahahahaa.. speechless!!

the values of this art totally infinity!




Thursday, March 3, 2011

Fokus

entry kali ni pulak nak cerita sejauh mana dah aku belajar dalam setiap kelas yang aku pergi... kelas untuk sem nih kimia inorganik, fisiologi tumbuhan dan haiwan, kimia analisis, angklung, kp sains dan english..

kelas kimia inorganik mulanya agak bosan.. tp bila masuk minggu ke 7 baru seronok belajar... (sbb masa test dpt teruk.. terus insaf n fokus dlm kelas..) lecturer hari isnin garang, suka attack2, yg hari rabu best sbb cerita ada kaitan antara perkahwinan dgn kekimiaan.. yg hari jumaat lak cepat ngantuk sbb suara lecturer tu perlahan... (banyak lak komen yg negatif kan.. maafkan saya ye lecturer sbb saya ni cepat hilang fokus, pastu tertidoooo dlm kelas...)

kelas fisiologi pon ikutkan best sebab subjek yg diajar menarik.. tapi disebabkan lecturer mengajar tujuan nak cepat habis slide.. dengan tak sempat nak salin nota depan.. tutor pon tak bagi softcopy... mulalah hilang fokus.. bila test lak salah jawab sbb tak ikut arahan.. (dalam kelas tidooo jugak.. tu psl test hancur..) seminggu habiskan satu topik.. memang sepatutnya saya sendiri yg kene berusaha tuk dapatkan nota, tp kalau lecturer mengajar dalam kelas sbb nak habiskan topik.. nawaitu pon berubah laa... =(

kelas kimia analisis memang best tp saya pulak malas nak pegi kelas petang.. kalau dah sampai bilik memang malas nak keluar balik.. (perangai buruk ni susah nak buang dari tahun 2 lagi...)

kelas angklung pon best! sbb saya tak pandai main alat muzik.. bila ada peluang main benda baru yg org lain tak boleh nak main.. memang rasa seronok sgt! cikgu yg mengajar pon kelakar dgn pewatakan cam ayah2 gituh..

kelas english pon best! mulanya tak minat gak sbb ingatkan kene slalu present kat depan tp cuma buat pembentangan atas kertas majung...(sbbnya tak pandai speaking omputih habuk2.. tu psl la malu...) sekarang jd lebih semangat pegi kelas sbb tau cara2 nak wat resume, report, formal letter tuk company besar2... mmg byk belajar benda baru laa... dan lebih konfiden!

dan yg terakhir! kelas kp sains! haaa dari awal lagi sgt bersemangat tuk kelas nih.. yela, dah ada pengalaman mengajar kat sekolah tp masih rasa tak cukup tuk mengajar dgn cara yg betul.. bila masuk kelas ni baru la nampak kat mananya kekurangan yg masih ada.. rasanya diri ni macam budak2 sbb bila dah tahun 3 sekurang2nya dah pandai bercakap dgn ayat2 yg betul.. tp bila present masih lagi gagap...

dan bila habis kelas, balik bilik, masih lagi terfikir.. apa yg dah saya dapat dari kelas td.. memang ada banyak yg saya belajar tp tak praktik masa present.. rasa rugi sgt sbb ilmu yg dicari 2 tahun lepas tak digunakan dgn betul.. jadi bila masuk kelas nih, sebolehnya nak cari kat mana kelemahan diri yg perlu dibaiki... saya tak memikirkan sgt tentang grade atau pointer tp jujurnya saya lebih suka fikirkjan apa yg saya dpt dr pembelajaran subjek tu...

bila pergi sekolah, bukannya kita bawak semua teori, sijil, pointer, grade dlm kelas.. tp kita bawak teknik mengajar dgn betul.. ilmu tu subjek yg nak disampaikan.. tp kalau tak kene pada cara.. ilmu pon tak tersampai kat anak murid.. (ni pendapat saya la...)

dan sekarang, saya nak lebih fokus apa yg semua lecturer nak sampaikan.. baru la dapat memahami maksud sebenar fokus.. sekali kita terlelap, kereta yg dipandu pon boleh terjatuh gaung.. ya Allah permudahkanlah urusan hidupku.. semoga aku dapat menjadi manusia yg berjaya... ameen..

Tuesday, March 1, 2011

Semangat!

untuk entry kali ni pulak nak cerita sikit la tentang kemalasan diri yang melanda sejak dua menjak nih.. entah la apa yang nak disibukkan sangat.. asemen menimbun tapi alhamdulillah walaupun buat dalam keadaan tertekan tapi masih lagi mampu siapkan sebaik mungkin..

bukan nak berkira sapa buat paling banyak.. lantak la semua tu.. yang penting tak rugi belajar atau kerja lebih sikit dari orang lain.. diri sendiri yang untung.. sudah penat mengeluh tapi tak ada orang kisah pon.. jalan yang terbaik.. buat seikhlas mungkin tuk kepentingan diri sendiri jugak...

memandangkan sejak akhir2 nih test dgn asemen sedikit hancur.. datang semangat nak study melambung2.. harap2 niat nih berterusan sampai la final.. dah puas berhibur selama 2 bulan dgn kwn2 jadi sekarang masa untuk study dgn cemerlangnya! cewah! serius nih tau!

walaupun pegang title ''future teacher'' tak salah kan kalau berhibur.. adatlah manusia yang punya nafsu tuk bersuka ria.. cikgu pon manusia biasa kan.. jadi tak perlu la nak hipokrit sangat bila kata cikgu tak boleh berpeleseran.. masing2 ada pendapat sendiri jadi pilih la mana yang terbaik.. selagi tak melampaui batas agama, budaya.. tak menjadi masalah kan.. =)

ape2 pon semakin hari semakin semangat untuk belajar dan bersosial dgn kwn2.. lebih baik seiring supaya seimbang antara akademik dan sahsiah.. bagus la kan tuk komunikasi dgn org lain.. lebih ramai kita berkawan , berjumpa orang.. lebih byk pengalaman kita dpt dan membaiki cara pergaulan kita dgn org lain..

supaya tak ada sesi sentap menyentap.. jadi bersemangatlah supaya kita dapat menghirup udara segar dan disinari mentari suria tuk hari esok, lusa dan hari2 berikutya! hehehehehehehhe =)

Monday, February 28, 2011

Hati Kering

rasa cam dah lama tak update blog dengan cerita yg merepek.. entry kali nih nak cerita sikit tentang perasaan cinta.. oppssss!!! sesi luahan hati..

apa itu cinta?? sebenarnya nak cerita tadi terbukak la page facebook girlfriend kepada ex-boyfriend sendiri.. cam selalu la bila tertengok mesti tersentap.. hahahaha.. padahal dah takde ape2 pon.. cuma kawan.. tapi hari ni bukak.. dah hilang perasaan sentap menyentap.. mungkin hati memang dah tak ada rasa cinta langsung kat ex-boyfie..

alhamdulillah.. memang itu yg diinginkan.. bukan sebab jeles atau dengki dgn ex yg sudah ada kekasih lain.. cuma lebih baik melepaskan sesuatu yang paling kita sayang untuk kebahagiaan masing2.. cinta tak semestinya memiliki.. mungkin banyak lagi cinta yang satu hari nanti kita temui..

hati ini lebih matang tuk memilih kepada siapa harus diberikan kasih.. cerita lama telah lama kukuburkan.. aku berdoa memohon agar kebahagiaan yang kau inginkan dapat kau temui dengan bersamanya,... insyaallah..

hati ini?? suka pada seseorang tapi memikirkan kekhilafan diri.. sanggupkah beliau menerima diri ini seadanya?? tak mengapalah jika hati itu bukan untukku.. masih jauh lagi perjalanan yang aku harus hadapi.. masih ada lagi peluang tuk esok hari aku mengejar cita2ku...

hati ini terlalu kecil tuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.. tapi masih ada lagi ruang tuk sesiapa pon berada di sini.. sekejap mungkin atau selamanya??? kita belum pasti tahu... =)


Thursday, February 24, 2011

Learn From Mistakes!!!!

haaaa nak tau tak citer hari nih.. begini jalan ceritanya yaaa... minggu lepas ada test bio.. (pernah citer kat entry sebelum nih tajuk never take things for granted).. kesinambungan dari cerita ni la kiranya...

tadi jam 10.50 pagi lecturer kata boleh check result test kat tutor.. dengan semangatnya la turun bawah carik nama.. tau tak saya dapat apa??? (C+)

nak kata kecewa patah hati frust menonggeng tak la sebab rasanya dah jawab dgn sebaik mungkin.. siap prepare short note bagai bawak gi main squash skali... kira study dgn sepenuh hati la.. nak jumpa lecturer tuk tanya tapi rasa perlu tau sendiri mana kesilapan sebelum argue dgn lecturer...

jadi dlm perjalanan balik, jalan la dengan kakak2 senior.. cerita la kat mereka2 yg kita dah buat sebaik mungkin tp kenapa boleh dpt result camtu.. kemudian mereka tanya balik, ''soalan mana awak jawab dan camne cara awak tulis jawapan..'' dengan semangatnya cerita la cara jawapan tu ditulis..

tak pasal2 mereka gelakkan saya ni haaa... sebabnya jawapan dah ada tapi teknik menjawab salah.. haaa amik kau patut la dpt teruk.. soalan kata buat dlm tabulated form.. yg saya tulis fakta fakti tanpa ada compare and contrast..

tu akibat tak baca soalan dengan betul!!! semangat menjawab tapi teknik menjawab lak hancur... hahahahaha.. memang padan la muka kan..

jadi pasni tuk final exam, memang akan highlight soalan dulu pastu tengok soalan nak dijawab dalam bentuk camne...

peringatan tuk diri sendiri... jangan kelam kabut masa menjawab soalan dan belajar dari kesilapan... biar buat salah sekarang.. jangan di kemudian hari... selamat berstudy ye atiqah!!!

Monday, February 21, 2011

Roda

Kehidupan kita seperti roda yang berputar.. kadang kita berada di atas dan kadang kita berada di bawah.. lumrah sebuah kehidupan bila senang, di alam bahagia, kemasyhuran, kekayaan.. kita memandang tinggi ke langit.. tidak betah tuk melhat kiri mahupon kanan.. bercita tuk terbang segagah helang.. seperti langit itu hak milik mutlaknya...

dan sampai bila mahu medongak, jalan mendepangkan dada, terlalu gah dengan diri sendiri.. kau akhirnya tersungkur kerana tak pernah sekali tuk melihat ke bawah.. di laluan mana yang kau redah.. sudah pula terngadah.. siapa yang kau persalah??

persoalannya, tangan siapakah yang akan menahan dirimu dari tersungkur??mungkin sekali dua ada insan yang prihatin akan menolongmu.. kelak??? kau sendiri bangun tanpa bantuan orang lain..

akhirnya kau sedar.. setinggi mana pangkat yang kau ada.. sepandai mana ilmu yang kau bawa.. sejujur mana hati yang kau ada.. sekali kau terjtuh.. tak selama kau terngadah.. jika tiada tangan yang akan menggapai dirimu.. ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu..

peringatkan dirimu jangan sesekali memalingkan muka terhadap makhluknya.. semua insan adalah sama disisi-Nya.. dan yang beza cuma amal ibadatnya.. kau tak perlu bergantung harap pada orang lain.. dan yakin diri bahawa kau sendiri mampu berdikari.. tak selamanya kita berteman.. di alam lain, kita pasti keseorangan...

dan jika air mata itu mampu menenangkan jiwamu.. nangis la.. nangis la kerana kekhilafan diri.. lihat diri kau, siapa yang masih bergantung hrap, memberi harapan kepada kau untuk terus maju.. bermuhasabah diri.. beristigfar.. InsyaAllah kau peroleh ketenangan...

bangkit semula dari kejatuhan.. pandanglah kebelakang tuk kau ingat semula.. di mana kesilapan, kejatuhan kau pernah alami.. dan seterusnya berjalanlah tanpa henti mencari destinasi yang kau impi...


Thursday, February 17, 2011

Never take things for Granted

I try to write in English to make you understand on what I'm trying to story.. hahahhaha... today, I got mid term test for biology subject, the subject course is Physiology of human and plant.. honestly, I already memories the biology term almost 3 days but not really concentrate at all on the notes.. for sure, I also spend my time by listening to music, facebooking, chatting with some friends.. the more I read, the more I confuse, the more I spend my time with stupid things.. hahhahaha..

I try to memories the whole note we had photocopy before and my aim is to score well in the test.. however, today, the thing I expected to happen not occurring at all.. I'm able to expect the questions comes out but the answer and example I wrote on the paper were something that out of my mind..

one of the questions is, give explanation on haemodylisis and CAPD.. these are all about kidney failure and the ways to solve the problem is by doing blood clearance through either both of the method..

because of too nervous and excited to answer the question.. I'm not able to think deeply and analyze the question first.. unconsciously, I wrote all about the haemodylisis by imagine my grandmother in front of me and operate with the machine..

in real, my grandmom was doing haemodylisis for almost 4 years,and I knew a bit on how the machine work, the wire inside grandmom's hand and the symptom she need to face before and after the haemodylisis.. so I just wrote down on what I already see from the past and think right with a bit of facts.. hahahahhaa.. you know what I'm trying to explain???

to me, it looks like more to exam oriented.. study by memorizing but little of understanding.. when you have experienced it before, it is easier for you to explain well than copying back the facts on the notes... then I realize, I should not regret on what I already wrote on the paper but should be more confident because I already have the memory from the past.. the only thing I need is by relating the situations to the ideas that I learn in class and presenting it in proper examples..

it is a trick for students to answer in exam although they do have less knowledge or memories but they can write the answer based on what they have seen from their previous event and logic to the subject given...

lesson for today: never take thing for granted and please not to be exam-oriented students but being as critical and creative as possible..

Jar of Hearts

I know I can't take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

Dear, it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

And who do you think you are
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?


Wednesday, February 16, 2011

Work Like a Dog


kadang2 kita tak sedar sistem tubuh kita sentiasa bergerak dan bekerja 24/7.. jadi bagaimana tindakan kita tuk memastkan sistem ni bergerak lancar dan berkesan??

kenapa adanya bulan puasa dalam islam?? salah satu sebabnya ialah untuk merehatkan sistem badan kita sebagai contoh sistem pencernaan dan banyak lagi... kita tidak mampu menghentikan sistem tubuh tapi dapat menurunkan kadar sistem tersebut melakukan tugasnya.. antara faktor yang menggangu sistem tubuh adalah pengambilan alkohol secara berlebihan, pengambilan makanan yg terlalu manis ataupon masin yg mengganggu sistem tubuh.. antara kesannya ialah individu mendapat tekanan darah tinggi, diabetis, penyakit ati atau hepatitis yg boleh membawa kepada kematian...

selain itu, kita digalakkan untuk mendapat tidur yg cukup dan tidak bekerja terlalu lama kerana dapat menggangu sistem fizikal dan mental individu.. bayangkan jika bekerja terlalu lama, spt mengangkat barang, dduk menghadap laptop seharian, mengira akaun ataupon memandu sepanjang hari tanpa henti.. pasti akan mengganggu sistem tubuh spt rasa sengal2 badan, sakit kepala, kaki, tangan ataupon mana2 bahagian tubuh lain.. secara mental pula, bila indivdiu dikaburi wang drpd pekerjaan yg dibuat, indivdu tersebut menjadi terlalu workaholic, dan hanya memikirkan kerja untuk mendapatkan ganjaran..

jadi, bekerja mengikut had yg termampu, merehatkan badan dan minda dengan cukup, mementingkan pengambilan makanan yg sihat dan seimbang bagi memastikan sistem tubuh kita berjalan dengan lancar dan tidak menghadapi kesukaran di hari tua.... =)

Monday, February 14, 2011

Cikgu Ker???


sejak bila nak jadi cikgu?? dulu masa kecik zaman kanak2 riang nak jadi ustazah.. jd wanita solehah yg pandai mengaji, berzanji, taat pada ibu bapa.. bila dah besar skit tukar lak nak jadi dokter.. selamatkan nyawa orang.. naik zaman skola menengah baru la betul2 nak jadi cikgu.. sebab ape ek???

sebab cikgu2 kat skola semuanya best2 belaka... garang memang la ada tapi cara mereka mengajar buatkan kita tak bosan pegi skola, enjoy je dlm kelas.. dengan kwn2 yg gila.. mmg nak rasa zaman skola tuh kekal jee.. rasa lebih best bila kita dpt mengajar kwn2 kita dan kita jd antara wanted person kat skola.. bab akademik dgn sahsiah laa.. kita ni low profile, kalau bab kokurikulum dgn sukan... rasanya jarang skali nak involve sbb malu.. tah apa yg nak dimalukan tah.. dl kurang keyakinan diri tuk tunjuk bakat sendiri kat org lain.. hahaahahha.. yela kot... kalau bab akademk ada org dtg mpa tanya soklan laa.. tak pon teknik blajar.. (bajet bagus je kita nih... hahahahaha)

tp tu la antara pendorong kita tuk jadi cikgu.. kita nak rasa apa yg pernah kita terlepas masa skola dl.. bila masuk matrik pon perasaan nak jadi cikgu tu meluap2.. jumpa lecturer yg memang superb best.. lagi kita berada di tempat tinggi.. lagi mencabar tuk kita memberi pemahaman kat org lain.. semua org boleh menjadi pengajar tapi yg membezakan seseorang tu ialah cara dia menyampaikan ilmu...

kalau tulis panjang2 ada org nak baca ke tak ye?? hahahahah.. takpe la ada masa kita mencoret kat entry lain lak.. cuma nak bagitu kat semua.. saya memang ingin menjadi seorang guru.. bukan kerana hasrat atau impian org lain tp datang dari cita2 sendiri... =)

Sunday, February 13, 2011

Dengki

kenapa wujudnya perasaan dengki?? aku masih tak faham.. dengki, cemburu, sakit hati.. lain org lain rasanya.. dulu masa zaman skola pernah la alaminya.. ingatkan bila dah belajar di tempat yg lebih tinggi tak ada lagi la perasaan hasad dengki.. rupanya tak.. lagi teruk ada laa... kalau persaingan yg sihat takpe la juga.. tapi dengki yg menjatuhkan seseorang.. ape motif????

hari kita dihentam mungkin hari kita berada di tempat paling bawah.. paling hina di mata mereka.. takkan mudah mengalir air mata kerana cacian mereka walaupon tubuh menggeletar dengan hati yg sgt terluka.. air mata iu bukan murah untuk tatapan mereka.. dan ketka kita tak mampu besuara, kita mengiyakan saja kemenangan mereka.. hari ini hari mereka.. dan bila tiba hari kita untuk bangkit, takkan ada sesiapa yg boleh menghalang kita.. lidah pasti kelu senyap sepi seribu bahasa.. tiada kata yg dapat menggambarkan perasaan mereka ketika itu..

pengalaman mengajar kita tuk lebih berani.. itulah kekuatan yang kita harus cari sendiri.. tidak selamanya kita di bawah dan tidak mungkin kekal untuk kita berada di puncak.. hati yg bersih, jiwa yg suci, bebas dr hasad dengki.. insyaAllah kita pasti maju ke depan.. melihat seseroang pada kebaikannya dan menjadikan kelemahannya sebagai aset tuk kita menjaga dan membaikinya sebaik mungkin..

Allah swt sentiasa bersama dengan orang yang teraniaya...

Friday, February 11, 2011

Man vs Food


gambar ni menarik perhatian saya,, mulanya nampak macam piramid makanan.. yela kan ada buah-buahan, sayuran lagi... tapi bila tengok lama2 baru la perasan gambar ni bentuk manusia.. hehehehhe..

agaknya mesej yang nak disampaikan oleh gambar atas ni kan.. ''jagalah pemakanan anda untuk mandapatkan kesihatan badan yang maksimum..'' hahahahaha.. tak pon, ''makan la makanan yang mempunyai banyak serat untuk mengelakkan masalah sembelit..''

barangkali gambar ni nak tunjukkan susunan organ dan sistem yang terdapat dalam badan manusia.. ada saraf tunjang, otak yang berfungi mengawal seluruh pergerakan tubuh, koordinasi mata, esofogus, hati, usus dan banyak lagi la..

sebab tu orang kata, gambar boleh menceritakan berjuta cerita.. jadi silalah hayati gambar di atas dan buat la penilaian sendiri.. hehehehehe

Wednesday, February 9, 2011

Berkawan Biar Beribu....

sepatutnya blog ni pasal pendidikan.. tapi tuk entry kali nih pon ada sedikit la kaitan lumrah kehidupan, pengalaman dan pengajaran.. bukan nak mengungkit benda lepas, tapi cuma terkilan dengan sesetengah sikap yang kita tak boleh nak terima..

masa kawan kita susah, apa saje yang mereka mintak tolong sebolehnya kita nak bantu.. kawan ni dah dianggap sebagai family.. yela, duduk kat kolej sama2, makan sama, borak gelak ketawa sama.. bila ada masalah telinga nih memang sudi dipinjamkan untuk mendengar.. orang kata, demi kawan kita sanggup bekorban apa saja laa...

bukan nak berkira, tapi bila kita pula yang dalam kesusahan, kesempitan wang la punca utama.. berapa ramai je yang akan datang bantu kita pula.. terkulat2 tengok kawan kita pergi berhibur, borak2 dan makan kat kedai.. sikit pon tak maniskan mulut tuk ajak duduk sama.. yela, sebab masa tu kita tengah miskin.. tapi masa dia susah dulu sape yang bantu dia....

kenapa la harus berdepan dengan manusia camnih.. tapi tetap bersyukur kerana masih ada lagi manusia yang lebih memahami dan menghargai persahabatan kami.. usia perhubungan bukan la jadi ukuran tapi kalau ada sikap memahami, kasih sayang, ambil berat.. benda yang susah jadi senang.. terima kasih kerana selalu ada di sisi nih..

jadi, layanlah kawan sebaik mungkin.. berkawan biarlah bukan satu kelompok.. berkawanlah dengan bermacam orang, bermacam ragam.. senang untuk kita menilai seseorang dengan menjadikan baiknya sebagai pembimbing kita dan buruknya sebagai sempadan yang tak sepatutnya kita langkaui..

ada kawan yang berpesan, ''appreciate differences'' yang bermaksud kita harus cuba menerima seseorang itu seadanya.. menghargai sikap yang ada padanya.. jika tak suka dengan sikapnya, baik mendiamkan diri dan tetap berbuat baik padanya.. dengan harapan, dia juga akan berubah sikap..

apa yang nak diluahkan kat sini.. saya tetap sayang semua kawan2 saya.. merka yang pernah menjadi kawan saya.. tak kira la yang berbuat baik atau yang menikam saya dari belakang.. semua tu adalah kenangan dan pengajaran tuk masa hadapan yang lebih baik.. kerana kawan2 juga merupakan cikgu yang mengajar saya erti kehidupan.. =)


Tuesday, February 8, 2011

Blood is Darah

selalu tak pergi derma darah??? kalau pertama kali menderma biasa la mesti rasa gementar.. yela, tangan nak kene cucuk jarum tajam, besar sebab nak sedut darah.. tapi sekali menderma rasa nak menderma lagi.. orang la kata,kalau derma darah nanti cepat gemuk..

karut je tuh!! mana ada gemuk.. sebenarnya psiko je tuh.. kononnya dah derma darah, darah dalam badan kurang.. terus nak makan melantak sakan nak topup balik darah.. hahahahahha... bergantung kat individu tersebut laa kan.. nak gemok makan la banyak mana kau suka..

sebenarnya nak promote sape2 yang baca bog ni tuk RAJIN MENDERMA DARAH.. sebabnya kat mana2 hospital memang kekurangan bekalan darah.. jadi, pendapat saya, menderma darah ni pon sebahagian dari amal jariah.. mungkin setitik darah yang kita bagi dapat selamatkan nyawa orang lain.. nikmat yang saya rasa, alhamdulillah hari saya derma darah, dapat selamatkan nyawa saudara saya.. tak kisah la bangsa, agama apa sekalipon.. yang penting nawaitu yang elok dan bagi kebaikan kepada orang lain..

baiknya menderma darah ni kan..badan jadi segar..memang awal2 jadi lemah jee sebab darah bekurangan tapi bayangkan dengan darah baru yang badan kita sendiri proses.. kita jadi lebih cergas dan banyak oksigen.. darah kita pon bertukar setiap 120 hari sekali..jadi bila menderma proses penggantian jadi lebih cepat dan memang bagus laa tuk badan.. heheheh..

gambar kat atas tu nampak menarik sebab saya tak pernah jumpa bentuk camtu lagi.. hehehhe.. kalau ada bentuk yang lagi menarik seperti bentuk bintang, bulan, pokok da lain2 mungkin ramai orang nak menderma kot.. psikologinya, tak nampak la menderma darah tuh satu penyiksaan kan..heehee... =)

selamat menderma darah

Sunday, February 6, 2011

Baby Tears.....


This is what doctor may called... ''Harlequin ichthyosis newborn''

mesti tergeliat lidah nak sebut kan??? emmm kat entry ni tak kesah la kan bahasa ke english.. janji sapa yang baca boleh la paham kan.. hehehhehee....

dari sumber yang dipercayai-

ichthyosis - a family of genetic skin disorders characterized by dry, scaling skin that may be thickened or very thin... “ichthy” is taken from the Greek root for the work fish..

bahasa yang mudah laa.. kulit yang sangat sensetif, manja dan kadang terlalu halus ada pulak yang sangat kasar dan tebal.. macam orang yang disimbah asid.. kulitnya habis terkopek, menggelupas sampai nampak isi2 daging la kan... dan ada yang kulitnya kasar macam sisik ikan..

effects towards baby = The tightness of the skin pulls around the eyes and mouth, forcing the eyelids and lips to turn inside out, revealing the red inner linings. The chest and abdomen of the infant may be severely restricted by the tightness of the skin, making eating and breathing difficult.

jadi, kita yang normal sihat berotak dan waras ni pernah terfikir tak tuk rasa perit sakitnya penyakit nih??? memang sindrom ni jarang berlaku.. tapi dari gamba yang kita lihat... sakitnya tak terkata.. bayi pon sampai tak bole keluarkan air matanya apatah lagi suara tuk menangis kesakitan...

Kimia

banyak yg nak diluahkan tuk entry nih.. tapi tak tau la terluah ke tak dgn kata2.. huhuhu..

bagaimana nak memelihara sesuatau hubungan dengan sangat la baik??? memang hubungan tu dah lama terjalin tapi tuk kekalkannya... bagaimana??? komunikasi?? dah bermacam nada intonasi dan susunan ayat digunakan tapi masih gak ada berantakkan.. cakap salah bila tak cakap lagi la salah.. yang terluah pulak bukan la yang sepatutnya terluah.....

body language?? eye contact??? kalau sebelah pihak je yang mainkan peranan, dan sebelah lagi wat bodoh jeee... memang tak berkesan la kan.. bila pandang dengan mata terbuntang sekali pon masih tak paham.. ape cerita??? maksud kita lain, org lain anggap lain lak.. haaaaaaa kan dah pening.....

jadi cam mana nak wujudkan ikatan kimia nih??? ce citer skit...huhuhu... kesabaran pon dah hampir ke infiniti.. tinggal nak letup jeee... kalah gunung pinatubo lak nanti... haish~ bila mengeluh cam dah putus asa sangat.. dah usaha tapi masih takat tu gak...

jadi.... bagaimana komunikasi yang paling berkesan untuk mengekalkan dan merapatkan ke'kimia'an sesuatu hubungan ya??????

Wednesday, January 26, 2011

Prevention through Education?


Effects of alcohol on liver


Alcohol is processed in the liver. A waste product of this process, which is fat, begins to accumulate in the liver. Fatty liver can lead to alcoholic hepatitis. The liver will attempt to heal itself, which will lead to the formation of tough scar tissue. Last, is liver cirrhosis, nodules will begin to replace healthy liver cells, and the liver will become nonfunctional and fail. Drinking in moderation is key, alcoholic liver disease will usually result from consuming large amounts of alcohol.

sejauh mana pencegahan dapat dilakukan melalui sistem pendidikan?? secara psikologinya, terdapat gambar penyakit kronik pada kotak rokok tapi masih belum mampu mengubah perokok tuk berhenti menghisap. di sekolah juga, setiap murid diberi pendedahan kepada subjek2 sains yang menerangkan bahan2 kimia, tindak balas yg berlaku dan kesan nikotin, kafein kepada sistem tubuh manusia.. tapi perokok masih tetap merokok...

pendidikan di rumah pula, peribadi anak2 slalunya terbentuk kebanyakan daripada ibu bapa mereka sendiri... jika bapa kepada anak tersebut merokok, tidak hairan la jika anak itu juga merokok.. siapa yang harus dipersalahkan?? institusi kekeluargaan ataupon pendidikan awal di sekolah???

Monday, January 24, 2011

You Look, You Read, You Search, You Learn


Penicillin


- A group of antibiotics which derived from fungi (Penicillium). they are the first drug which effectively against previous serious disease such as Syphilis and Staphylococcus infections. Although same bacteria are highly resistant, Penicillium are widely used until now on.



Genetic Modification

- Direct human manipulation on organism's genetic material which does not occur under natural condition. it including the usage of 'recombinant DNA'' techniques. The most familiar in genetic modification is ''insertion'' of new genetic material at unspecified location in the host genome, followed by isolating and copying genetic of interest. this technique are applied in research, medicine and biotechnology.



Tryptophan

- Plants and organism synthesize tryptophan from shikimic acid (Japanese flower, star anise) and anthranilate (vitamin L, present in dye, perfume). consumption of turkey meat result in drowsiness (strong desire for sleep, human bod become sleepy in response to infection)

Sunday, January 23, 2011

Nanoinjector


gambar kat atas seperti ada seekor binatang yan melekat kat sel darah kita... objek tersebut dikenali sebgai ''nanoinjector'' bagaimana objek ini dimasukkan??? melalui suntikan sel nano yang menggunakan nanotube untuk menghantar sebarang gerak balas ke dalam sel..

teknologi ini telah diperkenalkan dalam dunia perubatan bagi mengatasi masalah sel darah dengan cara memeriksa sifat fizikal dan juga tindakan biokimia..

untuk maklumat lanjutan boleh klik sini dan baca laa.... hehehehe...
http://www.pnas.org/content/104/20/8218.abstract

kepentingan nanoteknlogi dalam bidang perubatan:

a) Pencegahan serangan jantung- sebenarnya bukan ubat yang memainkan peranan penting dalam penyembuhan penyakit.. tetapi sel bagi sistem itu sendiri yang menjalankan tugas itu.. perkembangan teknologi nano adalah sebagai alterntif untuk pencegahan penyakit.. sebagai contoh, pengaliran darah dalam satu saliran terganggu dan menyebabkan tersumbat.. tetapi dengan kehadiran nanotube, ia dapat mengalirkan darah dalam satu arah dan memastikan darah itu sentiasa bergerak untuk mengelakkan pergumpalan yang boleh menyebabkan koma dan kematian..

b) Drug delivery- penghantaran ubat dapat dikhususkan dengan penggunaan teknologi nano.. ubat dapat dihantar secara terus ke organ atau sel yang dikehendaki tanpa memberi kesan sampingan kepada sistem lain.. ia juga dapat mengawal kuantiti ubat yang digunakan dan masa yang sesuai untuk nanobots tu bertindak secara automatiknya..

c) Pembentukkan tisu baru- partikel nano boleh direka untuk menyerupai struktr tulang manusia, keadaannya adalah seperti gulungan pasta dan dimasukkan ke dalam badan..partikel ini akan melekat pada tulang yang tercedera atau rosak dan bergabung dengan tulang asli untuk membentuk rantaian tulang yang lebih teratur..

Saturday, January 22, 2011

Bila Kecantikan Mendominasi Kesakitan

perempuan mahupon lelaki bila mementingkan kecantikan, kesakitan yang dirasa hilang sekelip mata.. yang penting nampak cantik, pelik dari orang lain.. perlu ke sampai nak ubah ciptaan maha kuasa??? lain orang lain caranya.. jadi gambar2 kat bawah dari web kisah ''Bizarre Body Modification''

a) Human Branding


ni antara yang paling sakit dalam memodifikasikan badan manusia.. alatan yang digunakan ialah besi dan dipanaskan dan diterapkan pada kulit untuk menghasilkan luka di tahap 3 seperti orang yang dibakar hidup2.. perbuatan ini merosakkan saraf dan menghasilkan parut luka berwarna perak dan luka tersebut memakan masa bertahun untuk sembuh sepenuhnya..

b) 3D art Implant


bagi kaedah ni pulak, sebarang objek yang digemari akan dimasukkan ke dalam lapisan kulit untuk menghasilkan corak perubahan pada permukaan kulit atas.. proses dilakukan dengan menanam objek yang kecil, kemudian di tarik kulit tersebut dan digantikan dengan objek sederhana besar sehingga ke tahap bentuk yang diingini dan dilakukan berulang kali untuk proses pengekalan,..

c) Corset Piercing


ni la gamaknya teringin sangat nak pakai korset.. tak tahu nak citer camne part nih.. lebih kurang cam tindik telinga tapi ni tindik banyak2 cam kail mata ikan tu laa... pastu amik riben simpul2 jadi la cam kat ats nih...

d) Eyeball Tattoo


sebenanrnya cara ni sudah lama diadaptasi oleh masyarakat dunia sejak lebih 2000 tahun dulu... antara sebab ia dilakukan adalah untuk membaiki kecacatan kornea dan leucomas.. bila teknologi sekarang dah maju, baru adanya contact lens dan byk lagi la yg bole tutup cacat mata nih.. tp kebanyakkan org wat eyeball tattoo ni sebab feyen warna ank mata yang bersesuaian dgn imej yg dibawa...

e) Scarification

mereka yang melakukan perkara ni berpendapat untuk nilai estetika dan mencapai ketenangan.. kaedah yang dilakukan ialah dengan memotong kulit, menghiris cam kita lapah kulit lembu nak amik daging.. camtu la caranya dorg wat parut nih...

sebenarnya ada lagi gambar lain tapi tiba2 laptop hang pastu shut down sendiri.. jadi hanya gambar dan ulasan dia atas saje yg sempat dimasukkan.. pendapat saya, mereka yang membuat lakaran kat badan nih lebih suka nampak cantik dan konon ingin mendapatkan ketenangan jiwa apabila merasa nikmat kesakitan.. dan mungkin sebagai menghukum diri dengan balasan kecil ke atas perkara yg tidak baik yg pernah dilakukan sebelumnya.. kesannya, ia merosakkan sistem dan fungsi badan.. dan juga haram di sisi agama kerana perbuatan ini menzalimi diri sendiri...