Monday, February 21, 2011

Roda

Kehidupan kita seperti roda yang berputar.. kadang kita berada di atas dan kadang kita berada di bawah.. lumrah sebuah kehidupan bila senang, di alam bahagia, kemasyhuran, kekayaan.. kita memandang tinggi ke langit.. tidak betah tuk melhat kiri mahupon kanan.. bercita tuk terbang segagah helang.. seperti langit itu hak milik mutlaknya...

dan sampai bila mahu medongak, jalan mendepangkan dada, terlalu gah dengan diri sendiri.. kau akhirnya tersungkur kerana tak pernah sekali tuk melihat ke bawah.. di laluan mana yang kau redah.. sudah pula terngadah.. siapa yang kau persalah??

persoalannya, tangan siapakah yang akan menahan dirimu dari tersungkur??mungkin sekali dua ada insan yang prihatin akan menolongmu.. kelak??? kau sendiri bangun tanpa bantuan orang lain..

akhirnya kau sedar.. setinggi mana pangkat yang kau ada.. sepandai mana ilmu yang kau bawa.. sejujur mana hati yang kau ada.. sekali kau terjtuh.. tak selama kau terngadah.. jika tiada tangan yang akan menggapai dirimu.. ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu..

peringatkan dirimu jangan sesekali memalingkan muka terhadap makhluknya.. semua insan adalah sama disisi-Nya.. dan yang beza cuma amal ibadatnya.. kau tak perlu bergantung harap pada orang lain.. dan yakin diri bahawa kau sendiri mampu berdikari.. tak selamanya kita berteman.. di alam lain, kita pasti keseorangan...

dan jika air mata itu mampu menenangkan jiwamu.. nangis la.. nangis la kerana kekhilafan diri.. lihat diri kau, siapa yang masih bergantung hrap, memberi harapan kepada kau untuk terus maju.. bermuhasabah diri.. beristigfar.. InsyaAllah kau peroleh ketenangan...

bangkit semula dari kejatuhan.. pandanglah kebelakang tuk kau ingat semula.. di mana kesilapan, kejatuhan kau pernah alami.. dan seterusnya berjalanlah tanpa henti mencari destinasi yang kau impi...


No comments:

Post a Comment