Wednesday, February 9, 2011

Berkawan Biar Beribu....

sepatutnya blog ni pasal pendidikan.. tapi tuk entry kali nih pon ada sedikit la kaitan lumrah kehidupan, pengalaman dan pengajaran.. bukan nak mengungkit benda lepas, tapi cuma terkilan dengan sesetengah sikap yang kita tak boleh nak terima..

masa kawan kita susah, apa saje yang mereka mintak tolong sebolehnya kita nak bantu.. kawan ni dah dianggap sebagai family.. yela, duduk kat kolej sama2, makan sama, borak gelak ketawa sama.. bila ada masalah telinga nih memang sudi dipinjamkan untuk mendengar.. orang kata, demi kawan kita sanggup bekorban apa saja laa...

bukan nak berkira, tapi bila kita pula yang dalam kesusahan, kesempitan wang la punca utama.. berapa ramai je yang akan datang bantu kita pula.. terkulat2 tengok kawan kita pergi berhibur, borak2 dan makan kat kedai.. sikit pon tak maniskan mulut tuk ajak duduk sama.. yela, sebab masa tu kita tengah miskin.. tapi masa dia susah dulu sape yang bantu dia....

kenapa la harus berdepan dengan manusia camnih.. tapi tetap bersyukur kerana masih ada lagi manusia yang lebih memahami dan menghargai persahabatan kami.. usia perhubungan bukan la jadi ukuran tapi kalau ada sikap memahami, kasih sayang, ambil berat.. benda yang susah jadi senang.. terima kasih kerana selalu ada di sisi nih..

jadi, layanlah kawan sebaik mungkin.. berkawan biarlah bukan satu kelompok.. berkawanlah dengan bermacam orang, bermacam ragam.. senang untuk kita menilai seseorang dengan menjadikan baiknya sebagai pembimbing kita dan buruknya sebagai sempadan yang tak sepatutnya kita langkaui..

ada kawan yang berpesan, ''appreciate differences'' yang bermaksud kita harus cuba menerima seseorang itu seadanya.. menghargai sikap yang ada padanya.. jika tak suka dengan sikapnya, baik mendiamkan diri dan tetap berbuat baik padanya.. dengan harapan, dia juga akan berubah sikap..

apa yang nak diluahkan kat sini.. saya tetap sayang semua kawan2 saya.. merka yang pernah menjadi kawan saya.. tak kira la yang berbuat baik atau yang menikam saya dari belakang.. semua tu adalah kenangan dan pengajaran tuk masa hadapan yang lebih baik.. kerana kawan2 juga merupakan cikgu yang mengajar saya erti kehidupan.. =)


1 comment:

  1. oh adeq, besaqnya spec kamu...lawatla blog sy yg follower ny xsmpai bape org pon...haha

    ReplyDelete