Sunday, January 23, 2011

Nanoinjector


gambar kat atas seperti ada seekor binatang yan melekat kat sel darah kita... objek tersebut dikenali sebgai ''nanoinjector'' bagaimana objek ini dimasukkan??? melalui suntikan sel nano yang menggunakan nanotube untuk menghantar sebarang gerak balas ke dalam sel..

teknologi ini telah diperkenalkan dalam dunia perubatan bagi mengatasi masalah sel darah dengan cara memeriksa sifat fizikal dan juga tindakan biokimia..

untuk maklumat lanjutan boleh klik sini dan baca laa.... hehehehe...
http://www.pnas.org/content/104/20/8218.abstract

kepentingan nanoteknlogi dalam bidang perubatan:

a) Pencegahan serangan jantung- sebenarnya bukan ubat yang memainkan peranan penting dalam penyembuhan penyakit.. tetapi sel bagi sistem itu sendiri yang menjalankan tugas itu.. perkembangan teknologi nano adalah sebagai alterntif untuk pencegahan penyakit.. sebagai contoh, pengaliran darah dalam satu saliran terganggu dan menyebabkan tersumbat.. tetapi dengan kehadiran nanotube, ia dapat mengalirkan darah dalam satu arah dan memastikan darah itu sentiasa bergerak untuk mengelakkan pergumpalan yang boleh menyebabkan koma dan kematian..

b) Drug delivery- penghantaran ubat dapat dikhususkan dengan penggunaan teknologi nano.. ubat dapat dihantar secara terus ke organ atau sel yang dikehendaki tanpa memberi kesan sampingan kepada sistem lain.. ia juga dapat mengawal kuantiti ubat yang digunakan dan masa yang sesuai untuk nanobots tu bertindak secara automatiknya..

c) Pembentukkan tisu baru- partikel nano boleh direka untuk menyerupai struktr tulang manusia, keadaannya adalah seperti gulungan pasta dan dimasukkan ke dalam badan..partikel ini akan melekat pada tulang yang tercedera atau rosak dan bergabung dengan tulang asli untuk membentuk rantaian tulang yang lebih teratur..

No comments:

Post a Comment