Saturday, January 22, 2011

Bila Kecantikan Mendominasi Kesakitan

perempuan mahupon lelaki bila mementingkan kecantikan, kesakitan yang dirasa hilang sekelip mata.. yang penting nampak cantik, pelik dari orang lain.. perlu ke sampai nak ubah ciptaan maha kuasa??? lain orang lain caranya.. jadi gambar2 kat bawah dari web kisah ''Bizarre Body Modification''

a) Human Branding


ni antara yang paling sakit dalam memodifikasikan badan manusia.. alatan yang digunakan ialah besi dan dipanaskan dan diterapkan pada kulit untuk menghasilkan luka di tahap 3 seperti orang yang dibakar hidup2.. perbuatan ini merosakkan saraf dan menghasilkan parut luka berwarna perak dan luka tersebut memakan masa bertahun untuk sembuh sepenuhnya..

b) 3D art Implant


bagi kaedah ni pulak, sebarang objek yang digemari akan dimasukkan ke dalam lapisan kulit untuk menghasilkan corak perubahan pada permukaan kulit atas.. proses dilakukan dengan menanam objek yang kecil, kemudian di tarik kulit tersebut dan digantikan dengan objek sederhana besar sehingga ke tahap bentuk yang diingini dan dilakukan berulang kali untuk proses pengekalan,..

c) Corset Piercing


ni la gamaknya teringin sangat nak pakai korset.. tak tahu nak citer camne part nih.. lebih kurang cam tindik telinga tapi ni tindik banyak2 cam kail mata ikan tu laa... pastu amik riben simpul2 jadi la cam kat ats nih...

d) Eyeball Tattoo


sebenanrnya cara ni sudah lama diadaptasi oleh masyarakat dunia sejak lebih 2000 tahun dulu... antara sebab ia dilakukan adalah untuk membaiki kecacatan kornea dan leucomas.. bila teknologi sekarang dah maju, baru adanya contact lens dan byk lagi la yg bole tutup cacat mata nih.. tp kebanyakkan org wat eyeball tattoo ni sebab feyen warna ank mata yang bersesuaian dgn imej yg dibawa...

e) Scarification

mereka yang melakukan perkara ni berpendapat untuk nilai estetika dan mencapai ketenangan.. kaedah yang dilakukan ialah dengan memotong kulit, menghiris cam kita lapah kulit lembu nak amik daging.. camtu la caranya dorg wat parut nih...

sebenarnya ada lagi gambar lain tapi tiba2 laptop hang pastu shut down sendiri.. jadi hanya gambar dan ulasan dia atas saje yg sempat dimasukkan.. pendapat saya, mereka yang membuat lakaran kat badan nih lebih suka nampak cantik dan konon ingin mendapatkan ketenangan jiwa apabila merasa nikmat kesakitan.. dan mungkin sebagai menghukum diri dengan balasan kecil ke atas perkara yg tidak baik yg pernah dilakukan sebelumnya.. kesannya, ia merosakkan sistem dan fungsi badan.. dan juga haram di sisi agama kerana perbuatan ini menzalimi diri sendiri...

No comments:

Post a Comment