Tuesday, March 15, 2011

Feedback

rasa lama sangat dah tak menulis.. idea datang banyak tapi sebab masalah menulis bukan kat lappy sendiri.. jadi kurang semangat skit.. hari ni cuma nak menulis tentang feedback atau respon yg saya dapat daripada kelas tempoh hari..

minggu lepas 3 kumpulan membentangkan approaches (pendekatan pengjaran) yang sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran mengikut kesesuaian topik dan masa.

kumpulan 1: tingkatan satu (Introduction to Science)

Lecture Method

kumpulan ni menggunakan lecture method (kuliah) untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. mereka telah menerangkan cara untuk mengambil dan membuat ukuran dengan menggunakan unit S.I. cuma dalam presentation kumpulan ni, mereka tidak menekankan pendekatan chalk-talk kerana jika kaedah kuliah digunakan dalam kelas, selalunya guru akan menulis di atas whiteboard, tranparensi, atau kertas semasa mengajar.

selain itu, lecturer kelas kami juga memberitahu, kaedah kuliah ni juga boleh menggunakan simulasi semasa mengajar sebagai contoh, bagaimana pelajar mengambil suhu sesuatu jasad dengan unit serta simbol yg betul, jadi guru boleh menggunakan termometer sebagai bahan ransangan supaya pelajar sendiri dapat melihat objek tersebut dan mengambil ukuran sebenar.

kumpulan ni telah memberi sehelai kertas yg mengadungi pembahagian unit ukuran dan pelajar harus mengisi tempat kosong dgn betul. jika ada pelajar yg tidak memberi tumpuan maka guru tersebut seharusnya menegur murid supaya tidak membuat bising dan pergi ke meja pelajar itu untuk melihat sama ada telah menyiapkan tugasan yg diberikan atau belum. hukuman boleh dikenakan pada pelajar yg tidak mendengar arahan seperti berdiri di atas kerusi atau lain2 yg tidak melampaui batas.

kumpulan 2: tingkatan dua (Maintenance and Continuity of life)

Discussion (Jigsaw)

kumpulan kedua menggunakan kaedah perbincangan di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran. murid dibahagikan secara random kepada beberapa kumpulan ataupun diknali sebagai ''jigsaw'' bermaksud pada awalnya murid akan duduk di sebelah kawan semeja dan akan dipisahkan mngikut kiraan nombor.. contoh, guru ingin membahagikan murid kepada 4 kumpulan maka kiraan yg terbentuk ialah antara 1-4. dan murid akan duduk dalam kumpulan berdasarkan nombor yg mereka dapat.

4 kumpulan murid yg terbentuk diarahkan untuk berbincang sesama rakan lain tentang sub-topik yg diberikan guru. guru memberikan beberapa keping nota yg berlainan penerangan kepada setiap seorang pelajar dan setiap mereka perlu membaca dan memahami kandungan nota tersebut sebelum berbincang sesama mereka. dan akhir sekali, kumpulan tersebut kembali ke kedudukan asal dan berbincang sesama mereka.

kaedah ini berkesan untuk topik yg panjang seperti kumpulan ni bentangkan iaitu mengenai vitamin A,D,E,K,B,C.. ini dapat menjimatkan masa guru mengajar serta melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas.




kumpulan 3: tingkatan tiga (Reproduction)

Role Play

kumpulan ni mengarahkan beberapa orang pelajar untuk berlakon dan membawa watak tertentu. subjek yg dipilih ialah reproduction, penghasilan zygote memalui pencatuman sperma dan ovum. beberapa pelajar lelaki membawa watak sperma dan seorang pelajar perempuan membawa watak ovum dan dikelilingi beberapa pelajar lain sebagai pelindung untuk mengelakkan sperma bercantum dgn ovum.

memandangkan sesetengah guru tidak mahu mengajar topik yg berkaitan dgn seks kerana merasakan murid tidak matang dan terlalu terbuka, kaedah ni sesuai digunakan dalam kelas. guru perlu memberi arahan yg betul ntuk memberikan kefahaman kepada pelajar dan pelajar tersebut boleh membina pengetahuan mereka sendiri berdasarkan pengalaman darpadan lakonan serta penerangan dari guru.

masa yang diperuntukkan adalah singkat jika arahan telah disediakan oleh guru itu sendiri tp mungkin mengambil masa sedikit jika guru menyuruh pelajar tersebut memilih tajuk yg diminati, membahagikan watak kepada rakan lain untuk dipersembahkan di dalam kelas.




p/s: ada lagi nak tulis tp nanti saya sambung ye.. =)




No comments:

Post a Comment