Tuesday, March 15, 2011

Feedback

rasa lama sangat dah tak menulis.. idea datang banyak tapi sebab masalah menulis bukan kat lappy sendiri.. jadi kurang semangat skit.. hari ni cuma nak menulis tentang feedback atau respon yg saya dapat daripada kelas tempoh hari..

minggu lepas 3 kumpulan membentangkan approaches (pendekatan pengjaran) yang sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran mengikut kesesuaian topik dan masa.

kumpulan 1: tingkatan satu (Introduction to Science)

Lecture Method

kumpulan ni menggunakan lecture method (kuliah) untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. mereka telah menerangkan cara untuk mengambil dan membuat ukuran dengan menggunakan unit S.I. cuma dalam presentation kumpulan ni, mereka tidak menekankan pendekatan chalk-talk kerana jika kaedah kuliah digunakan dalam kelas, selalunya guru akan menulis di atas whiteboard, tranparensi, atau kertas semasa mengajar.

selain itu, lecturer kelas kami juga memberitahu, kaedah kuliah ni juga boleh menggunakan simulasi semasa mengajar sebagai contoh, bagaimana pelajar mengambil suhu sesuatu jasad dengan unit serta simbol yg betul, jadi guru boleh menggunakan termometer sebagai bahan ransangan supaya pelajar sendiri dapat melihat objek tersebut dan mengambil ukuran sebenar.

kumpulan ni telah memberi sehelai kertas yg mengadungi pembahagian unit ukuran dan pelajar harus mengisi tempat kosong dgn betul. jika ada pelajar yg tidak memberi tumpuan maka guru tersebut seharusnya menegur murid supaya tidak membuat bising dan pergi ke meja pelajar itu untuk melihat sama ada telah menyiapkan tugasan yg diberikan atau belum. hukuman boleh dikenakan pada pelajar yg tidak mendengar arahan seperti berdiri di atas kerusi atau lain2 yg tidak melampaui batas.

kumpulan 2: tingkatan dua (Maintenance and Continuity of life)

Discussion (Jigsaw)

kumpulan kedua menggunakan kaedah perbincangan di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran. murid dibahagikan secara random kepada beberapa kumpulan ataupun diknali sebagai ''jigsaw'' bermaksud pada awalnya murid akan duduk di sebelah kawan semeja dan akan dipisahkan mngikut kiraan nombor.. contoh, guru ingin membahagikan murid kepada 4 kumpulan maka kiraan yg terbentuk ialah antara 1-4. dan murid akan duduk dalam kumpulan berdasarkan nombor yg mereka dapat.

4 kumpulan murid yg terbentuk diarahkan untuk berbincang sesama rakan lain tentang sub-topik yg diberikan guru. guru memberikan beberapa keping nota yg berlainan penerangan kepada setiap seorang pelajar dan setiap mereka perlu membaca dan memahami kandungan nota tersebut sebelum berbincang sesama mereka. dan akhir sekali, kumpulan tersebut kembali ke kedudukan asal dan berbincang sesama mereka.

kaedah ini berkesan untuk topik yg panjang seperti kumpulan ni bentangkan iaitu mengenai vitamin A,D,E,K,B,C.. ini dapat menjimatkan masa guru mengajar serta melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas.




kumpulan 3: tingkatan tiga (Reproduction)

Role Play

kumpulan ni mengarahkan beberapa orang pelajar untuk berlakon dan membawa watak tertentu. subjek yg dipilih ialah reproduction, penghasilan zygote memalui pencatuman sperma dan ovum. beberapa pelajar lelaki membawa watak sperma dan seorang pelajar perempuan membawa watak ovum dan dikelilingi beberapa pelajar lain sebagai pelindung untuk mengelakkan sperma bercantum dgn ovum.

memandangkan sesetengah guru tidak mahu mengajar topik yg berkaitan dgn seks kerana merasakan murid tidak matang dan terlalu terbuka, kaedah ni sesuai digunakan dalam kelas. guru perlu memberi arahan yg betul ntuk memberikan kefahaman kepada pelajar dan pelajar tersebut boleh membina pengetahuan mereka sendiri berdasarkan pengalaman darpadan lakonan serta penerangan dari guru.

masa yang diperuntukkan adalah singkat jika arahan telah disediakan oleh guru itu sendiri tp mungkin mengambil masa sedikit jika guru menyuruh pelajar tersebut memilih tajuk yg diminati, membahagikan watak kepada rakan lain untuk dipersembahkan di dalam kelas.




p/s: ada lagi nak tulis tp nanti saya sambung ye.. =)




Monday, March 7, 2011

Science and Art





I love art but me myself do not inherit the genetic of art from my mother.. honestly, art just soo beautiful scene, phenomenon that some people don't really understand the definition of art.. the feeling is really cool, warm, soo many secret behind those crowded color.. what kind of expression should be exposed??? hahahahahahahaa.. speechless!!

the values of this art totally infinity!




Thursday, March 3, 2011

Fokus

entry kali ni pulak nak cerita sejauh mana dah aku belajar dalam setiap kelas yang aku pergi... kelas untuk sem nih kimia inorganik, fisiologi tumbuhan dan haiwan, kimia analisis, angklung, kp sains dan english..

kelas kimia inorganik mulanya agak bosan.. tp bila masuk minggu ke 7 baru seronok belajar... (sbb masa test dpt teruk.. terus insaf n fokus dlm kelas..) lecturer hari isnin garang, suka attack2, yg hari rabu best sbb cerita ada kaitan antara perkahwinan dgn kekimiaan.. yg hari jumaat lak cepat ngantuk sbb suara lecturer tu perlahan... (banyak lak komen yg negatif kan.. maafkan saya ye lecturer sbb saya ni cepat hilang fokus, pastu tertidoooo dlm kelas...)

kelas fisiologi pon ikutkan best sebab subjek yg diajar menarik.. tapi disebabkan lecturer mengajar tujuan nak cepat habis slide.. dengan tak sempat nak salin nota depan.. tutor pon tak bagi softcopy... mulalah hilang fokus.. bila test lak salah jawab sbb tak ikut arahan.. (dalam kelas tidooo jugak.. tu psl test hancur..) seminggu habiskan satu topik.. memang sepatutnya saya sendiri yg kene berusaha tuk dapatkan nota, tp kalau lecturer mengajar dalam kelas sbb nak habiskan topik.. nawaitu pon berubah laa... =(

kelas kimia analisis memang best tp saya pulak malas nak pegi kelas petang.. kalau dah sampai bilik memang malas nak keluar balik.. (perangai buruk ni susah nak buang dari tahun 2 lagi...)

kelas angklung pon best! sbb saya tak pandai main alat muzik.. bila ada peluang main benda baru yg org lain tak boleh nak main.. memang rasa seronok sgt! cikgu yg mengajar pon kelakar dgn pewatakan cam ayah2 gituh..

kelas english pon best! mulanya tak minat gak sbb ingatkan kene slalu present kat depan tp cuma buat pembentangan atas kertas majung...(sbbnya tak pandai speaking omputih habuk2.. tu psl la malu...) sekarang jd lebih semangat pegi kelas sbb tau cara2 nak wat resume, report, formal letter tuk company besar2... mmg byk belajar benda baru laa... dan lebih konfiden!

dan yg terakhir! kelas kp sains! haaa dari awal lagi sgt bersemangat tuk kelas nih.. yela, dah ada pengalaman mengajar kat sekolah tp masih rasa tak cukup tuk mengajar dgn cara yg betul.. bila masuk kelas ni baru la nampak kat mananya kekurangan yg masih ada.. rasanya diri ni macam budak2 sbb bila dah tahun 3 sekurang2nya dah pandai bercakap dgn ayat2 yg betul.. tp bila present masih lagi gagap...

dan bila habis kelas, balik bilik, masih lagi terfikir.. apa yg dah saya dapat dari kelas td.. memang ada banyak yg saya belajar tp tak praktik masa present.. rasa rugi sgt sbb ilmu yg dicari 2 tahun lepas tak digunakan dgn betul.. jadi bila masuk kelas nih, sebolehnya nak cari kat mana kelemahan diri yg perlu dibaiki... saya tak memikirkan sgt tentang grade atau pointer tp jujurnya saya lebih suka fikirkjan apa yg saya dpt dr pembelajaran subjek tu...

bila pergi sekolah, bukannya kita bawak semua teori, sijil, pointer, grade dlm kelas.. tp kita bawak teknik mengajar dgn betul.. ilmu tu subjek yg nak disampaikan.. tp kalau tak kene pada cara.. ilmu pon tak tersampai kat anak murid.. (ni pendapat saya la...)

dan sekarang, saya nak lebih fokus apa yg semua lecturer nak sampaikan.. baru la dapat memahami maksud sebenar fokus.. sekali kita terlelap, kereta yg dipandu pon boleh terjatuh gaung.. ya Allah permudahkanlah urusan hidupku.. semoga aku dapat menjadi manusia yg berjaya... ameen..

Tuesday, March 1, 2011

Semangat!

untuk entry kali ni pulak nak cerita sikit la tentang kemalasan diri yang melanda sejak dua menjak nih.. entah la apa yang nak disibukkan sangat.. asemen menimbun tapi alhamdulillah walaupun buat dalam keadaan tertekan tapi masih lagi mampu siapkan sebaik mungkin..

bukan nak berkira sapa buat paling banyak.. lantak la semua tu.. yang penting tak rugi belajar atau kerja lebih sikit dari orang lain.. diri sendiri yang untung.. sudah penat mengeluh tapi tak ada orang kisah pon.. jalan yang terbaik.. buat seikhlas mungkin tuk kepentingan diri sendiri jugak...

memandangkan sejak akhir2 nih test dgn asemen sedikit hancur.. datang semangat nak study melambung2.. harap2 niat nih berterusan sampai la final.. dah puas berhibur selama 2 bulan dgn kwn2 jadi sekarang masa untuk study dgn cemerlangnya! cewah! serius nih tau!

walaupun pegang title ''future teacher'' tak salah kan kalau berhibur.. adatlah manusia yang punya nafsu tuk bersuka ria.. cikgu pon manusia biasa kan.. jadi tak perlu la nak hipokrit sangat bila kata cikgu tak boleh berpeleseran.. masing2 ada pendapat sendiri jadi pilih la mana yang terbaik.. selagi tak melampaui batas agama, budaya.. tak menjadi masalah kan.. =)

ape2 pon semakin hari semakin semangat untuk belajar dan bersosial dgn kwn2.. lebih baik seiring supaya seimbang antara akademik dan sahsiah.. bagus la kan tuk komunikasi dgn org lain.. lebih ramai kita berkawan , berjumpa orang.. lebih byk pengalaman kita dpt dan membaiki cara pergaulan kita dgn org lain..

supaya tak ada sesi sentap menyentap.. jadi bersemangatlah supaya kita dapat menghirup udara segar dan disinari mentari suria tuk hari esok, lusa dan hari2 berikutya! hehehehehehehhe =)

Monday, February 28, 2011

Hati Kering

rasa cam dah lama tak update blog dengan cerita yg merepek.. entry kali nih nak cerita sikit tentang perasaan cinta.. oppssss!!! sesi luahan hati..

apa itu cinta?? sebenarnya nak cerita tadi terbukak la page facebook girlfriend kepada ex-boyfriend sendiri.. cam selalu la bila tertengok mesti tersentap.. hahahaha.. padahal dah takde ape2 pon.. cuma kawan.. tapi hari ni bukak.. dah hilang perasaan sentap menyentap.. mungkin hati memang dah tak ada rasa cinta langsung kat ex-boyfie..

alhamdulillah.. memang itu yg diinginkan.. bukan sebab jeles atau dengki dgn ex yg sudah ada kekasih lain.. cuma lebih baik melepaskan sesuatu yang paling kita sayang untuk kebahagiaan masing2.. cinta tak semestinya memiliki.. mungkin banyak lagi cinta yang satu hari nanti kita temui..

hati ini lebih matang tuk memilih kepada siapa harus diberikan kasih.. cerita lama telah lama kukuburkan.. aku berdoa memohon agar kebahagiaan yang kau inginkan dapat kau temui dengan bersamanya,... insyaallah..

hati ini?? suka pada seseorang tapi memikirkan kekhilafan diri.. sanggupkah beliau menerima diri ini seadanya?? tak mengapalah jika hati itu bukan untukku.. masih jauh lagi perjalanan yang aku harus hadapi.. masih ada lagi peluang tuk esok hari aku mengejar cita2ku...

hati ini terlalu kecil tuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.. tapi masih ada lagi ruang tuk sesiapa pon berada di sini.. sekejap mungkin atau selamanya??? kita belum pasti tahu... =)


Thursday, February 24, 2011

Learn From Mistakes!!!!

haaaa nak tau tak citer hari nih.. begini jalan ceritanya yaaa... minggu lepas ada test bio.. (pernah citer kat entry sebelum nih tajuk never take things for granted).. kesinambungan dari cerita ni la kiranya...

tadi jam 10.50 pagi lecturer kata boleh check result test kat tutor.. dengan semangatnya la turun bawah carik nama.. tau tak saya dapat apa??? (C+)

nak kata kecewa patah hati frust menonggeng tak la sebab rasanya dah jawab dgn sebaik mungkin.. siap prepare short note bagai bawak gi main squash skali... kira study dgn sepenuh hati la.. nak jumpa lecturer tuk tanya tapi rasa perlu tau sendiri mana kesilapan sebelum argue dgn lecturer...

jadi dlm perjalanan balik, jalan la dengan kakak2 senior.. cerita la kat mereka2 yg kita dah buat sebaik mungkin tp kenapa boleh dpt result camtu.. kemudian mereka tanya balik, ''soalan mana awak jawab dan camne cara awak tulis jawapan..'' dengan semangatnya cerita la cara jawapan tu ditulis..

tak pasal2 mereka gelakkan saya ni haaa... sebabnya jawapan dah ada tapi teknik menjawab salah.. haaa amik kau patut la dpt teruk.. soalan kata buat dlm tabulated form.. yg saya tulis fakta fakti tanpa ada compare and contrast..

tu akibat tak baca soalan dengan betul!!! semangat menjawab tapi teknik menjawab lak hancur... hahahahaha.. memang padan la muka kan..

jadi pasni tuk final exam, memang akan highlight soalan dulu pastu tengok soalan nak dijawab dalam bentuk camne...

peringatan tuk diri sendiri... jangan kelam kabut masa menjawab soalan dan belajar dari kesilapan... biar buat salah sekarang.. jangan di kemudian hari... selamat berstudy ye atiqah!!!

Monday, February 21, 2011

Roda

Kehidupan kita seperti roda yang berputar.. kadang kita berada di atas dan kadang kita berada di bawah.. lumrah sebuah kehidupan bila senang, di alam bahagia, kemasyhuran, kekayaan.. kita memandang tinggi ke langit.. tidak betah tuk melhat kiri mahupon kanan.. bercita tuk terbang segagah helang.. seperti langit itu hak milik mutlaknya...

dan sampai bila mahu medongak, jalan mendepangkan dada, terlalu gah dengan diri sendiri.. kau akhirnya tersungkur kerana tak pernah sekali tuk melihat ke bawah.. di laluan mana yang kau redah.. sudah pula terngadah.. siapa yang kau persalah??

persoalannya, tangan siapakah yang akan menahan dirimu dari tersungkur??mungkin sekali dua ada insan yang prihatin akan menolongmu.. kelak??? kau sendiri bangun tanpa bantuan orang lain..

akhirnya kau sedar.. setinggi mana pangkat yang kau ada.. sepandai mana ilmu yang kau bawa.. sejujur mana hati yang kau ada.. sekali kau terjtuh.. tak selama kau terngadah.. jika tiada tangan yang akan menggapai dirimu.. ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu..

peringatkan dirimu jangan sesekali memalingkan muka terhadap makhluknya.. semua insan adalah sama disisi-Nya.. dan yang beza cuma amal ibadatnya.. kau tak perlu bergantung harap pada orang lain.. dan yakin diri bahawa kau sendiri mampu berdikari.. tak selamanya kita berteman.. di alam lain, kita pasti keseorangan...

dan jika air mata itu mampu menenangkan jiwamu.. nangis la.. nangis la kerana kekhilafan diri.. lihat diri kau, siapa yang masih bergantung hrap, memberi harapan kepada kau untuk terus maju.. bermuhasabah diri.. beristigfar.. InsyaAllah kau peroleh ketenangan...

bangkit semula dari kejatuhan.. pandanglah kebelakang tuk kau ingat semula.. di mana kesilapan, kejatuhan kau pernah alami.. dan seterusnya berjalanlah tanpa henti mencari destinasi yang kau impi...