Monday, February 14, 2011

Cikgu Ker???


sejak bila nak jadi cikgu?? dulu masa kecik zaman kanak2 riang nak jadi ustazah.. jd wanita solehah yg pandai mengaji, berzanji, taat pada ibu bapa.. bila dah besar skit tukar lak nak jadi dokter.. selamatkan nyawa orang.. naik zaman skola menengah baru la betul2 nak jadi cikgu.. sebab ape ek???

sebab cikgu2 kat skola semuanya best2 belaka... garang memang la ada tapi cara mereka mengajar buatkan kita tak bosan pegi skola, enjoy je dlm kelas.. dengan kwn2 yg gila.. mmg nak rasa zaman skola tuh kekal jee.. rasa lebih best bila kita dpt mengajar kwn2 kita dan kita jd antara wanted person kat skola.. bab akademik dgn sahsiah laa.. kita ni low profile, kalau bab kokurikulum dgn sukan... rasanya jarang skali nak involve sbb malu.. tah apa yg nak dimalukan tah.. dl kurang keyakinan diri tuk tunjuk bakat sendiri kat org lain.. hahaahahha.. yela kot... kalau bab akademk ada org dtg mpa tanya soklan laa.. tak pon teknik blajar.. (bajet bagus je kita nih... hahahahaha)

tp tu la antara pendorong kita tuk jadi cikgu.. kita nak rasa apa yg pernah kita terlepas masa skola dl.. bila masuk matrik pon perasaan nak jadi cikgu tu meluap2.. jumpa lecturer yg memang superb best.. lagi kita berada di tempat tinggi.. lagi mencabar tuk kita memberi pemahaman kat org lain.. semua org boleh menjadi pengajar tapi yg membezakan seseorang tu ialah cara dia menyampaikan ilmu...

kalau tulis panjang2 ada org nak baca ke tak ye?? hahahahah.. takpe la ada masa kita mencoret kat entry lain lak.. cuma nak bagitu kat semua.. saya memang ingin menjadi seorang guru.. bukan kerana hasrat atau impian org lain tp datang dari cita2 sendiri... =)

Sunday, February 13, 2011

Dengki

kenapa wujudnya perasaan dengki?? aku masih tak faham.. dengki, cemburu, sakit hati.. lain org lain rasanya.. dulu masa zaman skola pernah la alaminya.. ingatkan bila dah belajar di tempat yg lebih tinggi tak ada lagi la perasaan hasad dengki.. rupanya tak.. lagi teruk ada laa... kalau persaingan yg sihat takpe la juga.. tapi dengki yg menjatuhkan seseorang.. ape motif????

hari kita dihentam mungkin hari kita berada di tempat paling bawah.. paling hina di mata mereka.. takkan mudah mengalir air mata kerana cacian mereka walaupon tubuh menggeletar dengan hati yg sgt terluka.. air mata iu bukan murah untuk tatapan mereka.. dan ketka kita tak mampu besuara, kita mengiyakan saja kemenangan mereka.. hari ini hari mereka.. dan bila tiba hari kita untuk bangkit, takkan ada sesiapa yg boleh menghalang kita.. lidah pasti kelu senyap sepi seribu bahasa.. tiada kata yg dapat menggambarkan perasaan mereka ketika itu..

pengalaman mengajar kita tuk lebih berani.. itulah kekuatan yang kita harus cari sendiri.. tidak selamanya kita di bawah dan tidak mungkin kekal untuk kita berada di puncak.. hati yg bersih, jiwa yg suci, bebas dr hasad dengki.. insyaAllah kita pasti maju ke depan.. melihat seseroang pada kebaikannya dan menjadikan kelemahannya sebagai aset tuk kita menjaga dan membaikinya sebaik mungkin..

Allah swt sentiasa bersama dengan orang yang teraniaya...

Friday, February 11, 2011

Man vs Food


gambar ni menarik perhatian saya,, mulanya nampak macam piramid makanan.. yela kan ada buah-buahan, sayuran lagi... tapi bila tengok lama2 baru la perasan gambar ni bentuk manusia.. hehehehhe..

agaknya mesej yang nak disampaikan oleh gambar atas ni kan.. ''jagalah pemakanan anda untuk mandapatkan kesihatan badan yang maksimum..'' hahahahaha.. tak pon, ''makan la makanan yang mempunyai banyak serat untuk mengelakkan masalah sembelit..''

barangkali gambar ni nak tunjukkan susunan organ dan sistem yang terdapat dalam badan manusia.. ada saraf tunjang, otak yang berfungi mengawal seluruh pergerakan tubuh, koordinasi mata, esofogus, hati, usus dan banyak lagi la..

sebab tu orang kata, gambar boleh menceritakan berjuta cerita.. jadi silalah hayati gambar di atas dan buat la penilaian sendiri.. hehehehehe

Wednesday, February 9, 2011

Berkawan Biar Beribu....

sepatutnya blog ni pasal pendidikan.. tapi tuk entry kali nih pon ada sedikit la kaitan lumrah kehidupan, pengalaman dan pengajaran.. bukan nak mengungkit benda lepas, tapi cuma terkilan dengan sesetengah sikap yang kita tak boleh nak terima..

masa kawan kita susah, apa saje yang mereka mintak tolong sebolehnya kita nak bantu.. kawan ni dah dianggap sebagai family.. yela, duduk kat kolej sama2, makan sama, borak gelak ketawa sama.. bila ada masalah telinga nih memang sudi dipinjamkan untuk mendengar.. orang kata, demi kawan kita sanggup bekorban apa saja laa...

bukan nak berkira, tapi bila kita pula yang dalam kesusahan, kesempitan wang la punca utama.. berapa ramai je yang akan datang bantu kita pula.. terkulat2 tengok kawan kita pergi berhibur, borak2 dan makan kat kedai.. sikit pon tak maniskan mulut tuk ajak duduk sama.. yela, sebab masa tu kita tengah miskin.. tapi masa dia susah dulu sape yang bantu dia....

kenapa la harus berdepan dengan manusia camnih.. tapi tetap bersyukur kerana masih ada lagi manusia yang lebih memahami dan menghargai persahabatan kami.. usia perhubungan bukan la jadi ukuran tapi kalau ada sikap memahami, kasih sayang, ambil berat.. benda yang susah jadi senang.. terima kasih kerana selalu ada di sisi nih..

jadi, layanlah kawan sebaik mungkin.. berkawan biarlah bukan satu kelompok.. berkawanlah dengan bermacam orang, bermacam ragam.. senang untuk kita menilai seseorang dengan menjadikan baiknya sebagai pembimbing kita dan buruknya sebagai sempadan yang tak sepatutnya kita langkaui..

ada kawan yang berpesan, ''appreciate differences'' yang bermaksud kita harus cuba menerima seseorang itu seadanya.. menghargai sikap yang ada padanya.. jika tak suka dengan sikapnya, baik mendiamkan diri dan tetap berbuat baik padanya.. dengan harapan, dia juga akan berubah sikap..

apa yang nak diluahkan kat sini.. saya tetap sayang semua kawan2 saya.. merka yang pernah menjadi kawan saya.. tak kira la yang berbuat baik atau yang menikam saya dari belakang.. semua tu adalah kenangan dan pengajaran tuk masa hadapan yang lebih baik.. kerana kawan2 juga merupakan cikgu yang mengajar saya erti kehidupan.. =)


Tuesday, February 8, 2011

Blood is Darah

selalu tak pergi derma darah??? kalau pertama kali menderma biasa la mesti rasa gementar.. yela, tangan nak kene cucuk jarum tajam, besar sebab nak sedut darah.. tapi sekali menderma rasa nak menderma lagi.. orang la kata,kalau derma darah nanti cepat gemuk..

karut je tuh!! mana ada gemuk.. sebenarnya psiko je tuh.. kononnya dah derma darah, darah dalam badan kurang.. terus nak makan melantak sakan nak topup balik darah.. hahahahahha... bergantung kat individu tersebut laa kan.. nak gemok makan la banyak mana kau suka..

sebenarnya nak promote sape2 yang baca bog ni tuk RAJIN MENDERMA DARAH.. sebabnya kat mana2 hospital memang kekurangan bekalan darah.. jadi, pendapat saya, menderma darah ni pon sebahagian dari amal jariah.. mungkin setitik darah yang kita bagi dapat selamatkan nyawa orang lain.. nikmat yang saya rasa, alhamdulillah hari saya derma darah, dapat selamatkan nyawa saudara saya.. tak kisah la bangsa, agama apa sekalipon.. yang penting nawaitu yang elok dan bagi kebaikan kepada orang lain..

baiknya menderma darah ni kan..badan jadi segar..memang awal2 jadi lemah jee sebab darah bekurangan tapi bayangkan dengan darah baru yang badan kita sendiri proses.. kita jadi lebih cergas dan banyak oksigen.. darah kita pon bertukar setiap 120 hari sekali..jadi bila menderma proses penggantian jadi lebih cepat dan memang bagus laa tuk badan.. heheheh..

gambar kat atas tu nampak menarik sebab saya tak pernah jumpa bentuk camtu lagi.. hehehhe.. kalau ada bentuk yang lagi menarik seperti bentuk bintang, bulan, pokok da lain2 mungkin ramai orang nak menderma kot.. psikologinya, tak nampak la menderma darah tuh satu penyiksaan kan..heehee... =)

selamat menderma darah

Sunday, February 6, 2011

Baby Tears.....


This is what doctor may called... ''Harlequin ichthyosis newborn''

mesti tergeliat lidah nak sebut kan??? emmm kat entry ni tak kesah la kan bahasa ke english.. janji sapa yang baca boleh la paham kan.. hehehhehee....

dari sumber yang dipercayai-

ichthyosis - a family of genetic skin disorders characterized by dry, scaling skin that may be thickened or very thin... “ichthy” is taken from the Greek root for the work fish..

bahasa yang mudah laa.. kulit yang sangat sensetif, manja dan kadang terlalu halus ada pulak yang sangat kasar dan tebal.. macam orang yang disimbah asid.. kulitnya habis terkopek, menggelupas sampai nampak isi2 daging la kan... dan ada yang kulitnya kasar macam sisik ikan..

effects towards baby = The tightness of the skin pulls around the eyes and mouth, forcing the eyelids and lips to turn inside out, revealing the red inner linings. The chest and abdomen of the infant may be severely restricted by the tightness of the skin, making eating and breathing difficult.

jadi, kita yang normal sihat berotak dan waras ni pernah terfikir tak tuk rasa perit sakitnya penyakit nih??? memang sindrom ni jarang berlaku.. tapi dari gamba yang kita lihat... sakitnya tak terkata.. bayi pon sampai tak bole keluarkan air matanya apatah lagi suara tuk menangis kesakitan...

Kimia

banyak yg nak diluahkan tuk entry nih.. tapi tak tau la terluah ke tak dgn kata2.. huhuhu..

bagaimana nak memelihara sesuatau hubungan dengan sangat la baik??? memang hubungan tu dah lama terjalin tapi tuk kekalkannya... bagaimana??? komunikasi?? dah bermacam nada intonasi dan susunan ayat digunakan tapi masih gak ada berantakkan.. cakap salah bila tak cakap lagi la salah.. yang terluah pulak bukan la yang sepatutnya terluah.....

body language?? eye contact??? kalau sebelah pihak je yang mainkan peranan, dan sebelah lagi wat bodoh jeee... memang tak berkesan la kan.. bila pandang dengan mata terbuntang sekali pon masih tak paham.. ape cerita??? maksud kita lain, org lain anggap lain lak.. haaaaaaa kan dah pening.....

jadi cam mana nak wujudkan ikatan kimia nih??? ce citer skit...huhuhu... kesabaran pon dah hampir ke infiniti.. tinggal nak letup jeee... kalah gunung pinatubo lak nanti... haish~ bila mengeluh cam dah putus asa sangat.. dah usaha tapi masih takat tu gak...

jadi.... bagaimana komunikasi yang paling berkesan untuk mengekalkan dan merapatkan ke'kimia'an sesuatu hubungan ya??????